NURUL SUHANA BINTI MOHD ANUAR

Saturday 22 February 2020

ISU SEMASA: LGBT.

Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan suatu isu hangat yang dicetuskan oleh seorang usahawan yang terkenal iaitu Nur Sajat atau nama sebenar beliau adalah Muhammad Sajad Kamaruzaman yang telah menunaikan ibadah Umrah dengan berpakaian wanita bahkan telah memasuki ruang solat di kawasan wanita. Melihat kepada gambar ataupun foto berkenaan yang telah dimuatnaik oleh beliau sendiri menerusi akaun Instagram miliknya pada 2 Februari 20202, terasa luhur dan sayu dalam diri. Bagaimanakah hukum Islam yang mengharamkan LGBT telah tersebar ke Tanah Suci Mekah. Perkara ini bukanlah sesuatu yang remeh kerana ianya melibatkan hal agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Bukan sekadar itu, perkara ini bahkan akan memberi kesan kepada identiti dan imej negara Malaysia dan seterusnya memberi kesan kepada jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun-tahun berikutnya. Berikutan isu ini, terdapat kisah Nabi Lut A.S. bersama umatnya (Kaum Sadom) yang tidak mentaati Allah bahkan melakukan hal seumpama LGBT seperti homoseksual, lesbien, lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Lantas apabila diseru untuk bertaubat kepada Allah, mentaati perintah Allah serta menjauhi larangan Allah, mereka tetap dengan keingkaran. Maka Allah telah menurunkan azab dengan menenggelamkan seluruh kota Pompei dan diturunkan keatas mereka batu-batu serta badai. Dari peristiwa itu, terjadilah  tempat itu sebuah lautan yang dinamakan Laut Mati. Laut Mati ini terletak sempadan diantara Israel, Palestin dan Jordan. Peristiwa ini benar-benarlah membuktikan kekuasaan dan kemurkaan Allah terhadap golongan yang terlibat dengan LGBT. Oleh itu, kita harus menjauhkan diri daripada perkara berkenaan agar bala dan murka Allah tidak tertimpa keatas kita. Dalam usaha untuk menjauhkan diri daripada LGBT, salah satu solusinya ialah solat. Solat dapat menjauhkan diri sesorang daripada terjebak dengan perkara-perkara keji (fahsya') seperti berzina, homoseksual, transgender dan sebagainya. Hal ini adalah bertepatan dengan nas daripada Al-Quran yang berfirman:

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah Kitab (Al-Qur-an) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan ketahuilah mengingat Allâh (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Dan Allâh mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Al-Ankabut/29:45]

Perlaksanaan solat ini haruslah benar-benar khusyuk, fokus dan penuh pengharapan dan takut  kepada Allah SWT. Umat Islam harus yakin dengan nas ayat Al-Quran ini. Selain itu, kita juga mestilah mengamalkan 'Amar Makruf Nahi Munkar' (menyuruh kepada kebaikan, mencegah kepada kemungkaran). Berkenaan hal Nur Sajat ini, banyak pihak telah memanjangkan perdebatan, perbincangan dan  halangan tentang kes ini. Namun, keadaan beliau masih sama. Jadi, tugasan menyelamat umat Islam adalah kepada kita semua iaitu mendoakan hidayah dan rahmat Allah kepada Nur Sajat. Semoga beliau berubah dan seterusnya rahmat Allah sentiasa bersama kita semua. Ketahuilah, perkara ini bukan lagi sesuatu yang asing dalam agama Islam. Hal ini kerana Allah SWT telah menurunkan azabnya terhadap golongan terdahulu (Kaum Sadom). Allah SWT dengan sepenuh sayangNya telah menjelaskan perkara ini di dalam Al-Quran sebagai rujukan dan pedoman untuk kita.  Akhir sekali, ingin saya maklumkan bahawa penulisan saya ini lebih berbentuk ulasan berbanding kritikan. Sekian. Wallahu A'lam. 

No comments:

Post a Comment