NURUL SUHANA BINTI MOHD ANUAR

Saturday 22 February 2020

ISU SEMASA: LGBT.

Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan suatu isu hangat yang dicetuskan oleh seorang usahawan yang terkenal iaitu Nur Sajat atau nama sebenar beliau adalah Muhammad Sajad Kamaruzaman yang telah menunaikan ibadah Umrah dengan berpakaian wanita bahkan telah memasuki ruang solat di kawasan wanita. Melihat kepada gambar ataupun foto berkenaan yang telah dimuatnaik oleh beliau sendiri menerusi akaun Instagram miliknya pada 2 Februari 20202, terasa luhur dan sayu dalam diri. Bagaimanakah hukum Islam yang mengharamkan LGBT telah tersebar ke Tanah Suci Mekah. Perkara ini bukanlah sesuatu yang remeh kerana ianya melibatkan hal agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Bukan sekadar itu, perkara ini bahkan akan memberi kesan kepada identiti dan imej negara Malaysia dan seterusnya memberi kesan kepada jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun-tahun berikutnya. Berikutan isu ini, terdapat kisah Nabi Lut A.S. bersama umatnya (Kaum Sadom) yang tidak mentaati Allah bahkan melakukan hal seumpama LGBT seperti homoseksual, lesbien, lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Lantas apabila diseru untuk bertaubat kepada Allah, mentaati perintah Allah serta menjauhi larangan Allah, mereka tetap dengan keingkaran. Maka Allah telah menurunkan azab dengan menenggelamkan seluruh kota Pompei dan diturunkan keatas mereka batu-batu serta badai. Dari peristiwa itu, terjadilah  tempat itu sebuah lautan yang dinamakan Laut Mati. Laut Mati ini terletak sempadan diantara Israel, Palestin dan Jordan. Peristiwa ini benar-benarlah membuktikan kekuasaan dan kemurkaan Allah terhadap golongan yang terlibat dengan LGBT. Oleh itu, kita harus menjauhkan diri daripada perkara berkenaan agar bala dan murka Allah tidak tertimpa keatas kita. Dalam usaha untuk menjauhkan diri daripada LGBT, salah satu solusinya ialah solat. Solat dapat menjauhkan diri sesorang daripada terjebak dengan perkara-perkara keji (fahsya') seperti berzina, homoseksual, transgender dan sebagainya. Hal ini adalah bertepatan dengan nas daripada Al-Quran yang berfirman:

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah Kitab (Al-Qur-an) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan ketahuilah mengingat Allâh (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Dan Allâh mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Al-Ankabut/29:45]

Perlaksanaan solat ini haruslah benar-benar khusyuk, fokus dan penuh pengharapan dan takut  kepada Allah SWT. Umat Islam harus yakin dengan nas ayat Al-Quran ini. Selain itu, kita juga mestilah mengamalkan 'Amar Makruf Nahi Munkar' (menyuruh kepada kebaikan, mencegah kepada kemungkaran). Berkenaan hal Nur Sajat ini, banyak pihak telah memanjangkan perdebatan, perbincangan dan  halangan tentang kes ini. Namun, keadaan beliau masih sama. Jadi, tugasan menyelamat umat Islam adalah kepada kita semua iaitu mendoakan hidayah dan rahmat Allah kepada Nur Sajat. Semoga beliau berubah dan seterusnya rahmat Allah sentiasa bersama kita semua. Ketahuilah, perkara ini bukan lagi sesuatu yang asing dalam agama Islam. Hal ini kerana Allah SWT telah menurunkan azabnya terhadap golongan terdahulu (Kaum Sadom). Allah SWT dengan sepenuh sayangNya telah menjelaskan perkara ini di dalam Al-Quran sebagai rujukan dan pedoman untuk kita.  Akhir sekali, ingin saya maklumkan bahawa penulisan saya ini lebih berbentuk ulasan berbanding kritikan. Sekian. Wallahu A'lam. 


PENGALAMAN MEMASUKI KELAS BBK3410.

Tanpa ku sedari, tanggal 12/2/2020, aku telah melangkah ke semester 4 di UPM (Universiti idaman abah buat diriku) Pada hari ini, genap 2 hari arwah Abam Bocey (pelawak dunia industri Malaysia) pergi meninggalkan dunia. Al-Fatihah (dibaca) buatnya. Pemergiannya amat ditangisi bahkan memberi kesan mendalam kepada semua orang lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa arwah Syed Umar Mokhtar atau lebih mesra disapa Abam Bocey adalah seorang pelawak yang dermawan. Pemergiannya membawa khayalan hangat diriku di dalam kelas Penglahiran Bakat Kreatif (BBK3410) seolah-olah masih lagi sedang terkenang dan mengahayati telatah jenaka lucunya. Tidak lama kemudian, pintu dikuak uweekk boom dan lamunanku terhenti. Ternyata telah hadir seorang pensyarah yang diberi nama serta gelaran Prof. Madya Dr. Kamariah Binti Kamaruddin . Beliau bukan sahaja seorang pensyarah, bahkan seorang ikon terkenal dalam dunia penulisan sastera lebih-lebih lagi apabila beliau menerima Anugerah Seni dan Kreativiti baru-baru ini. Kehadirannya kini membisukan semua rakan sekelasku seolah-olah beliau seorang yang tegas dan garang. Tetapi tanggapan itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah meleset jauh apabila beliau sebenarnya seorang yang sangat lemah lembut dan baik hati. Tutur katanya bagaikan perisai kekebalan dalam jati diri anak muda. Dr. Kamariah menekankan tentang disiplin yang padu dalam kalangan mahasiswa khususnya dalam menjadi seorang penulis mahupun pemimpin kepada diri sendiri. Bait tutur katanya dihadam baik oleh semua pelajar di dalam dewan kuliah yang nan indah itu kerana setiap kata yang dilontarkan adalah persis seorang ibu yang membisikkan nasihat serta kasih sayang kepada anaknya. Setelah itu, aku dan rakan-rakan diminta untuk memperkenalkan diri secara individu di hadapan. Maha Suci Allah, betapa gugupnya perasaan ketika itu menanti saat diri pula tampil ke hadapan. Ketika rakan-rakan sedang memperkenalkan diri, aku dengan penuh setia dan fokus, tiba-tiba hatiku tertarik dengan penampilan seorang pelajar lelaki yang tampan berkulit putih,  mukanya lembut tidak berjanggut, bahkan penampilannya juga segak bergaya.  Pakaian dan wajahnya begitu tenang untuk dilihat seolah-olah si jejaka sedang berkopiah dan berjubah putih sedangkan si dia hanyalah sedang memakai T-shirt berkolar putih dan berseluar jeans. Sedari hal itu, aku dengan lekas keluar dari dunia fantasi dan ilusi itu lantas diriku tertawa kecil sendirian bagaimanakah aku boleh membayangkan sedemikian. Perhatianku kini dialihkan sepenuhnya kepada sesi pengenalan diri. Setelah beberapa ketika, aku juga selesai memperkenalkan diri kepada rakan sekelasku. Dengan sepenuh bangga yang dicampuri perasaan cuak membuak-buak, aku tampil memberitahu nama yang diberi adalah Nurul Suhana Binti Mohd Anuar. Selesai sesi itu, sesi pembelajaran juga tamat bagi kursus itu. Cukuplah pada hari itu kenangan dan pengalaman yang indah apabila kelas kuliah berlangsung dengan begitu santai. Pengisian kelas kuliah pada hari itu adalah penerangan umum mengenai pembelajarann Bakat Kreatif yang akan dijalankan sepanjang semester 4 dan sesi pengenalan diri.